Monday, 5 January 2015

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web

        Bahasa arab adalah bahasa yang  mudah sebenarnya  untuk di pelajari.Itupun bagi mereka yang betul-betul berminat untuk mempelajari bahasa ini.Untuk kita mempelajari bahasa ini ada banyak cara antaranya adalah dengan adanya tenaga pengajar,seperti tuisyen atau sekolah yang di sediakan ataupun dengan cara yang lebih  jimat dan murah adalah dengan menggunakan Web.mempelajari dengan cara begini,kita boleh belajar di mana sahaja tidak kira tempat asalkan kawasan yang kita gunakan mestilah ade internet.

        Menurut kajian,mempelajari dengan cara begini memberi kesan yang baik antaranya memberi mendapat idea untuk mewujudkan inovasi baru dalam amalan pengajaran mereka di dalam atau di luar bilik darjah.Penguasaan bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran kerana penghayatan al-Quran salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan umahnya. Selain itu, penguasaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaian dalam pendidikan agama Islam khususnya dalam bahagian tilawah al-Quran.

       Pembelajaran melalui laman web ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai
E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi  pembelajaran secara lebih terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual atau menghadiri kelas yang ditetapkan.

       Pembelajaran melalui laman web mampu menyediakan kurikulum dalam rangkaian yang lebih menarik. Kandungannya dapat dipersembahkan dalam bentuk yang lebih tersusun. Ia secara tidak langsung akan mempermudahkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep yang sukar. Langkah menambahkan bahan-bahan bantu mengajar di samping dapat membantu pelajar-pelajar mengingat dan menguasai perbendaharaan kata yang diajar. Kajian juga menunjukkan bahawa para pelajar menjadi semakin berminat dalam mempelalajari bahasa Arab.

       Pembelajaran bahasa Arab  menerusi laman web adalah satu pengalaman baru yang menyeronokkan untuk dicuba. Ia jauh lebih mudah berbanding dengan belajar bahasa Arab di dalam lingkungan ruang kelas tradisional.Pendekatan tersebut membolehkan semakin ramai orang mempelajari bahasa tersebut dalam bentuk yang lebih fleksibel. Para pelajar boleh menikmati keselesaan suasana di rumah mahupun di tempat kerja dan sebagainya untuk meneliti bahan pembelajaran serta nota-nota yang diperlukan. Selain itu, mereka yang berkemampuan boleh  mempelajari bahasa Arab melalui perisian secara praktikal pada bila-bila masa dan juga  di mana sahaja mereka berada. Di samping dapat menyediakan ruang yang selesa kepada pelajar untuk tujuan pengkajian, penyelidikan dan penghasilan maklumat, kurikulum online yang ditawarkan oleh pelbagai institusi, organisasi atau orang perseorangan dalam pengajaran bahasa Arab juga menjadikan program ini menarik.

Objektif Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Laman Web 

i. Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
ii. Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima. 
iii. Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran.
iv. Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar.
v. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.
vi. Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.

Masalah Dan Cabaran 

i. Infrastruktur yang terbatas. 
     -Pelbagai peralatan seperti komputer, talian Internet, telefon mudah alih dan televisyen adalah              merupakan aset penting
     -Tidak semua tempat disediakan akses Internet
ii. Kemahiran yang terbatas
     -sokongan daripada pihak pengurusan untuk melaksanakan epembelajaran serta latihan                         yang sesuai
     -memaksa guru dan pelajar mempelajari terlebih dahulu ilmu teknologi dan penggunaannya
     -melatih guru-guru dan pelajar memahirkan diri dalam bidang teknologi maklumat
iii. Isu kandungan perisian
      -Kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran tempatan
      -sukatan yang telah ditetapkan oleh pembangun laman
      -E-pembelajaran boleh dilaksanakan secara berperingkat


Kesimpulan
      Secara umumnya, implementasi konsep E-Pembelajaran di Malaysia masih berada pada tahap
awal. Menjayakannya adalah suatu cabaran, dan kita semua perlu memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan konsep ini pada masa hadapan. Dalam konteks bahasa Arab, konsep ini masih begitu baru dan mempunyai banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Kerana itu persediaan perlu dilakukan bukan sahaja di kalangan pelbagai lapisan 13 masyarakat di negara ini tetapi yang lebih penting perlu melahirkan pakar di bidang itu bagi memenuhi keperluan berkenaan.


























No comments:

Post a Comment