KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.
Kelebihan menggunakan ict dalam pembelajaran:
- Meningkatkan minat pelajar
- Pelajar lebih gembira
- Meningkatkan tahap pembelajaran pelajar.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri.
- Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran menjadi lebih menarik.
- Bahan boleh disimpan dan digunakan semula
Antara keistimewaan pembelajaran dalam penggunaan komputer adalah:
1.Hubungan Interaktif
Komputer membolehkan wujudnya hubungan diantara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapatmenggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.
2.Pengulangan
Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar
3.Maklum Balas Dan Peneguhan
Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta.Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.
Kenapa penggunaan ICT masih kurang di sekolah? Mungkin disebabkan oleh:
- Kesukaran menggunakan hardware dan software akan mengganggu proses pengajaran.
- Penyediaan bahan pengajaran memakan masa yang lama.
- Tiada kemahiran dalam mengendalikan teknologi.
Kekurangan
- Masalah teknikal. Pendidik tidak pakar dalam mengendalikan masalah teknikal.
- Sumber yang kurang
- Peralatan yang mahal
- Guru memerlukan lebih masa untuk menyediakan bahan pengajaran.
Bahan rujukan :
1.https://www.youtube.com/
No comments:
Post a Comment