Saturday, 27 December 2014

Ulasan tentang pembelajaran bahasa berbantukan komputer dalam bahasa arab

Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer)
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing:
Satu tinjauan awal. 


            zaman sekarang penggunaan komputer adalah amat penting kepada manusia.Boleh dikatakan di seluruh dunia menggunakan komputer untuk melakukan sesuatu kerja sebagai mesin perhubungan.Dari itu saya ingin memberi sedikit kesimpulan dan penjelasan tentang penggunaan komputer untuk pembelajaran bahasa dengan berbantukan komputer bagi bahasa Arab.

           Bahasa adalah sistem komunikasi di seluruh dunia.saya ingin mengambil satu bahasa iaitu arab kerana bahasa ini semakin di minati dan di pelajari.selain kita mempelajari bahasa arab dengan bertulis atau bantuan daripada guru,kita boleh menggunakan cara lain dengan menggunakan komputer.

          Ada tiga fasa kita boleh gunakan dengan menggunakan komputer iaitu:-
  1. Behavioristic CALL
  2. Communicative CALL
  3. Integrative CALL
         Melalui Internet pula, pelajar bahasa dapat berkomunikasi secara langsung dengan begitu selesa dengan penutur asli ataupun pembelajar bahasa yang lain tanpa mengira masa, tempat dan tanpa membayar kos yang tinggi melalui aktiviti seperti e-mel ataupun World Wide Web (WWW) yang membolehkan pelajar mencapai maklumat dan menjana bahan pembelajaran asli seperti surat khabar,
majalah, artikel,ulasan buku atau filem dalam masa yang sungguh singkat. 
   
        Antara kebaikan yang kita dapat daripada penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) adalah  mendapat pengetahuan secara bebas dan pembelajaran adalah proses pemindahan pengetahuan dari luar ke dalam minda pelajar.Selain daripada itu, pelajar menjadi lebih berdikari dan proaktif dalam pembelajaran mereka. 
   
       Walaupun terdapat banyak respon yang positif tentang penggunaan PBBK, ada juga
guru yang masih merasa tergugat dengan kehadiran komputer di dalam kelas mereka.
Ini berpunca daripada salah faham,kurangnya kefahaman mengenai peranan komputer dan PBBK dan kurangnya kemahiran teknikal tentang penggunaan komputer (Hertz, 1987; Gunter & Murphy, 2001). Ini tidaklah memeranjatkan kerana kebanyakan guru masih belum mendapat pendedahan yang mencukupi mengenai penggunaan komputer dan PBBK dalam pendidikan.

          Matlamat kajian ini dijalankan ialah untuk:

     1. Mengetahui skop penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan
         pembelajaran (P&P) bahasa Arab di sekolah yang dipilih.
     2. Mendapatkan maklum balas daripada guru tentang tahap kemahiran, persepsi, tahap
         kesediaan dan peranan mereka dalam P&P bahasa Arab dengan menggunakan PBBK.
     3. Mengutarakan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan penggunaan komputer
        dalam P&P bahasa Arab berdasarkan hasil kajian.


 Rujukan

Adi Afzal Ahmad. 1996. On tour : the multimedia courseware for students of KBSM
English.Unpublished Undergraduate Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Afendi Hamat. 1 995. A computer-assisted language learning for English proficiency
courses at UKM. Unpublished Undergraduate Thesis, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ahmad, K., Corbett, G., Rogers, M. & Sussex, R. 1985. Computers, language
learning and language teaching : Cambridge University Press.

Fox, G. 1998. The Internet: making it work in the ESL classroom.The Internet TESL
Journal, 4/9.

D. & Freeman, D. J. 1995. An exploratory study of teachers’ view of
knowledge acquisition. Educational Technology. 35 (1): 49-56.

Hazeline Mahmood. 1998. A multimedia CALL programme : D.R.E.A.M.
Unpublished Undergraduate Thesis. (B. Ed. TESL Program) , Universiti Kebangsaan
Malaysia. 

No comments:

Post a Comment