Tuesday, 9 December 2014


                                                    بسم الرحمن الر حيم 

Assalamualaikum W.B.T

      Alhamdullilah.Pertama sekali dan berkali-kalinya saya lafazkan rasa syukur dan nikmat ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan izinnya dapatlah saya mencube buat pertama kalinya saya menulis blog ini untuk tatapan kawan- kawan dan saya sendiri.

     Tajuk pertama yang saya ingin kupaskan di sini adalah ' Tentang diriku'.Sebab saya mengambil tajuk ini adalah untuk menceritakan tentang sedikit sebanyak kisah hidupku dari aku kecil sehingga lah aku bergelar seorang guru.

     Aku merupakan anak ke -6 dari 7 adik beradik.Perwatakan ku semasa kecil adalah seorang budak yang sangat nakal,degil dan tidak suka mendengar nasihat ibu bapaku.Boleh kata setiap hari aku di pukul,di belasah,di lempang dan bermacam-macam lagi oleh bapaku atas sebab kedegilanku yang dahsyat ini.Tapi aku tidak pernah serik dan takut.

    Pada umurku meningkat 13 tahun,aku di masukkan ke sekolah Tahfiz di Johor Bahru.Atas sebab di masukkan kesana supaya aku boleh berubah menjadi insan yang berguna tetapi aku tetap masih yang sama.Darah ku masih panas dan sentiasa memberontak.Bermacam-macam perkara jahat aku lakukan ketika berada di bandar.

    Satu peristiwa yang masih ku ingati sehingga ke hari ini semasa aku berumur 17tahun.Aku keluar bersama kawan-kawanku pada waktu pagi untuk memancing ikan di paya.Sambil menunggu ikan memakan umpan ku,aku mandi di paya tersebut.Sedang asyik berenang tiba-tiba ku terdengar deruman motor ayahku dari jauh.kelam kabut ku meninggalkan paya dan pancing ku untuk menyelamatkan diri dari di tangkap oleh bapaku.tapi strategi ku telah di patahkan atas sebab aku telah di tangkap oleh kawan-kawan ayahku sendiri.

   Aku di lempang,di pukul bertubi-tubi seperti bapaku hilang kawalan.Sampai di rumah,bapaku meneruskan lagi pukulan nya setiap badan aku.Mungkin terlalu geram.Ibu ku tidak mampu berbuat apa-apa hanya mampu menangis melihat diriku di belasah.Bapaku mencapai ekor lembu yang di gantung di pintu depan dan melepaskan sebatan sehingga koyak badanku.Menjerit ku tidak tertahan akibat terkena sebatan yang dahsyat.Kemudian mengalir darah menitis di setiap lantai rumah.

   Dari masa kejadian sehingga malam,aku dilarang makan dan minum.Tidurku hanya la berlantai kan tanah dan berselimutkan embun malam.Aku terasa seperti bapaku tidak sayangkan ku lagi.Aku lari rumah.Lari sejauh yang mampu tetapi memikirkan tentang perasaan ibuku,aku tidak mampu.

   Setiap malam aku rasa dunia ini sungguh kejam.Jiwaku memberontak dan ingin keluar dari rumah.Selepas SPM,aku telah berjaya keluar dari rumah yang ku rasakan seperti neraka.Aku cube hidup berdikari.Bekerja di sebuah kilang tempatan dan tinggal di sebuah rumah sewa.Hatiku tenang buat seketika.sampai satu tahap aku memikirkan tentang masa depan.Aku sambung belajar di sebuah Institut tempatan sehingga tamat pelajaranku.Tetapi sijil ku tidak kemana.

   Bermacam-macam pekerjaan telah aku cuba tetapi semuanya tidak kekal lama.Mungkin sebab aku dari sekolah aliran Agama,Aku mencuba memohon jawatan guru.Tidak kupercaya,temuduga berjaya.Aku memulakan perjalanan ku sebagai seorang guru pada tahun 2009.Aku berubah sedikit demi sedikit menjadi seorang manusia.Mula memikirkan tentang masa depan dan membantu keluarga.

   Setiap hari aku keluar bekerja,aku memikirkan tentang kejadian hitam yang pernah berlaku pada ku.Sentiasa bermain di fikiranku.'mengapa aku selalu dipukul dan di marah..?????.Mungkin ini la kehendak ayahku ingin kan aku menjadi seorang yang berguna.kalau ibu bapaku tidak buat macam itu mungkin aku tidak akan menjadi seperti sekarang.
    
     Kini aku sudah menjadi seorang Guru Agama.Kehidupan ku berubah serta merta.Setiap hari aku mengajar muridku,aku sentiasa berpesan jadi la anak yang berguna.Taat lah pada orang tua kerana ibu bapa adalah orang yang paling penting dalam diri kita.Pesanan dari ayahku yang masih kekal dalam ingatan,'ayah pukul,marah segalanya bukan sebab benci dengan kau tetapi ayah sayangkan kau.Sebab itulah ayah nak kau berubah.' 

     Alhamdulillah.aku bersyukur sangat pada tuhan kerana masih di beri peluang untuk aku bersama mereka.Untuk aku menikmati perubahan diriku bersama mereka.Menjadi seorang Guru Agama membuatkan aku tahu Hukum-hukum Agama.Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi semangat dan dorongan pada diriku yang tidak berguna.
   

Sekian.......

     

No comments:

Post a Comment