Saturday 14 March 2015

TUGASAN 8



 PERISIAN APLIKASI YANG UNIK (BUKAN PERISIAN MICROSOFT MAHUPUN PRODUK WINDOWS) YANG BOLEH DIGUNAKAN INTUK PEMBELAJARAN.

Di zaman yang serba moden ini terdapat pelbagai cara yang boleh kita gunakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran..Selain daripada menggunakan Microsoft atau pun Produk Windows,terdapat teknik lain jugak boleh kita gunakan.Guru harus mempelbagaikan teknik mengajar untuk menarik perhatian murid untuk belajar.

Antara bahan bantu yang boleh diterapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran ialah :

  1. Kad Imbasan
  •     Menggunakan kad imbasan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran ini juga bagus kerana ia boleh menarik perhatian murid dengan, dari segi warna-warna yang sedia ada,dengan kepelbagaian bentukIa juga dapat membantu murid untuk menghafal apa yang telah dipelajarinya.




2. Video Muzik
  •   Dengan adanya video muzik ini menambah lagi menarik minat murid untuk mempelajari sesuatu.Contohnya dengan mempelajari bacaan Alif Ba Ta.Dengan cara ini apabila murid lihat segala pergerakkan dan bacaan dalam video tersebut,segali gus murid akan mengikut dan menarik perhatian murid untuk mempelajarinya.Kita sebagai guru harus mempraktikkannya semasa Pengajaran dan Pembelajaran.Ia jugak berkesan kepada murid untuk mudah mengingat sesuatu yang telah dipelajarinya.Di sini saya selitkan satu video yang boleh digunakan pakaikan oleh guru kepada murid.





3. Papan Tulis/Papan Hitam
  •     Menggunakan Papan Tulis atau Papan Hitam ini perkara biasa yang digunakan guru semasa pembelajaran di dalam kelas bagi untuk mencatat segala isi-isi pelajaran untuk murid.Selain daripada guru menggunakannya,guru juga boleh memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakatnya dalam pelajaran.






4.Fail tegak dan Bahan bacaan
  •    Fail tegak dan bahan bacaan itu ialah terdiri daripada bahan cetakkan dan bahan bacaan buku.Contoh seperti majalah,kalendar,poskad,surat khabar,risalah atau buletin,poster,carta,peta,gambar dan sebagainya.Kita perlu mempelbagaikan bahan-bahan tersebut sama ada di pusat sumber atau di dalam kelas.Ini jugak membolehkan murid mencari maklumat selain daripada menggunakan microsoft.




5. Menggunakan Boneka
  • Salah satu cara lain juga iaitu menggunakan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran.Dengan cara ini murid akan berasa seronok untuk belajar. Konsep pembelajaran ini adalah belajar sambil bermain.Murid-murid tidak berasa bosan dan teruja dengan aksi-aksi boneka tersebut dapat menceriakan suasana P & P.Contohnya,boneka A menunjukkan benda maujad,boneka B dan murid-murid menyebut nama benda-benda tersebut.Saya akan lampirkan gambar-gambarnya bagi anda lebih memahami.




Kesimpulannya :
  • Kita sebagai guru harus mempelbagaikan lagi bahan rujukan,bahan bacaan kepada murid..Tidak semestinya kita perlu menggunakan media elektronik sahaja.Pelbagai cara yang boleh digunakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran.
Bahan rujukan :
  1. pnpssp.blogspot.com
  2. sttj-pss.blogspot.com
  3. www.slideshare.net
  4. https://www.google.com.my
  5. https://www/youtube.com













No comments:

Post a Comment